Perlawanan bola sepak bertukar tragedi ratusan m4ut dalam rusuhan

Share Now

Perlawanan bola sepak bertukar tragedi ratusan maut dalam rusuhan

Perlawanan bola sepak bertukar tragedi ratusan m4ut dalam rusuhan. Sekurang-kurangnya 127 orang t3rk0rban dalam rusuhan pada satu perlawanan bola sepak di Indonesia lewat malam tadi.

Dilaporkan dua daripada mereka yang terb*nuh adalah pegawai polis.

Menurut portal berita Kompas, seramai 180 yang lain turut dikejarkan ke hospital akibat kecederaan.

Keganasan berlaku di sebuah stadium di Jawa Timur ketika perlawanan berlangsung di antara pasukan Arema dan Persebaya Surabaya.

Kekacauan tercetus selepas perlawanan berakhir 2-3 dengan kemenangan kepada pasukan pelawat.

Menurut laporan media tempatan, ribuan penyokong Arema meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas.

Beberapa pemain Arema yang ketika itu masih berada di atas padang turut diserang.

Dipercayai rempuhan bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Seorang pegawai kesihatan tempatan berkata ramai mangsa meninggal dunia akibat “kesesakan, dipijak, dan sesak nafas”.

Liga bola sepak Indonesia kini digantung seminggu, dengan Arema dilarang daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim ini.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dilapor akan membentuk pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Baca: Neelofa akhirnya mengalah dan sedia tunjuk wajah Bilal

Video lelaki ‘diculik’ ketika sedang makan di restoran disalah erti kes culik kanak-kanak

Akaun Twitter ‘Dark Side’ tawar video luc*h serendah RM40 Melayu paling ramai

1 thought on “Perlawanan bola sepak bertukar tragedi ratusan m4ut dalam rusuhan

  1. Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I’ve really enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *