Presiden Sri Lanka dan keluarga melarikan diri dan bersembunyi di lokasi rahsia

Share Now

Presiden Sri Lanka dan keluarga melarikan diri dan bersembunyi di lokasi rahsia

Presiden Sri Lanka dan keluarga melarikan diri dan bersembunyi di lokasi rahsia. PRESIDEN Sri Lanka akhirnya berjaya melarikan diri ke Maldives pada awal Rabu, selepas dilaporkan ‘terperangkap’ di lapangan terbang akibat dihalang pegawai imigresen daripada menaiki pesawat.

Terdahulu, Presiden Gotabaya Rajapaksa yang berusia 73 tahun itu meninggalkan kediaman rasminya yang dibanjiri puluhan ribu rakyat yang menunjuk perasaan.

Beliau dipercayai mahu melarikan diri ke luar negara bagi mengelak daripada diberkas sebelum meletakkan jawatan

Memetik sumber imigresen, media antarabangsa melaporkan, Rajapaksa, isteri dan seorang pengawal keselamatan merupakan antara empat penumpang yang menaiki pesawat tentera Antonov-32, berlepas dari lapangan terbang antarabangsa menuju ke Maldives

Seorang pegawai imigresen dilaporkan berkata kepada AFP, pasport mereka dicop dan mereka menaiki penerbangan khas tentera udara.

Sebaik tiba di Male, ibu negara Maldives, mereka dibawa ke sebuah lokasi yang dirahsiakan dengan diiringi anggota polis.

Minggu lalu, Rajapaksa berjanji untuk meletak jawatan pada Rabu bagi membolehkan proses peralihan kuasa berjalan lancar susulan protes terhadapnya berkaitan krisis ekonomi negara itu.

Beliau meninggalkan kediaman rasminya di Colombo sebelum ia diserbu ribuan penunjuk perasaan pada Sabtu, dan dipercayai meneruskan perjalanan ke Dubai.

Sebagai Presiden, Rajapaksa mempunyai imuniti dari diberkas. – AstroAwani

 

Baca: ‘Dirogol’ abang ipar sendiri, rahsia terbongkar hamil 3 bulan

[Video] Wanita viral hina Islam mengaku ada 7 boyfriends walaupun sudah bersuami

Melampau! Wanita ini menghina islam. Bertudung kemudian membuka tudung dan berpakaian seksi di hadapan orang ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *