Ramai yang terikut Trend ‘Cedok’ di Live Shopee, sudah jelas hukumnya dalam Islam

Share Now

Ramai yang terikut Trend ‘Cedok’ di Live Shopee, sudah jelas hukumnya dalam Islam

Ketika ini, trend jual beli secara ‘cedok-cedok’ telah jadi ikutan ramai di TikTok dan boleh dikatakan ramai sudah terpengaruh.

Untuk pengetahuan anda, si penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak.

Oleh itu, trend jual beli cedok ini juga menjadi persoalan segelintir netizen berhubung hukum jual beli seperti itu.

Terbaharu, menerusi perkongsian Facebook muamalat.my, kaedah jual beli cedok tersebut dikatakan berunsurkan gharar iaitu wujud unsur ketikdakpastian maka hukumnya adalah haram.

Bukan itu sahaja, menurut Ibn Hajar al-Asqalani, jual beli seperti itu adalah batil dan ia diibaratkan seperti ‘membeli di dalam gelap’ ataupun bahasa mudahnya jual beli jahiliyah.

Difahamkan gharar terbahagi kepada dua keadaan iaitu gharar wujud dimana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Lantaran itu, umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dan penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan untuk terlibat dalam aktiviti seperti ini yang sudah terang salah dari segi hukum.

 

Baca: Malang ! Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 35 kondominium

Bunuh ibu sendiri, penganggur bakal menerima hukuman mati jika sabit kesalahan

5 penyakit maut yang mengancam dunia sekarang, no.4 yang paling terbaharu !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *