Perkongsian di facebook Fat Sup Kona Baring
Saya tak nampak Mat Kilau. Saya cuma nampak Adi Putra bersilat.
Mat Kilau itu Raja Rimba.
– Pakar Botani yang faham ilmu alam hutan Pahang, mana ubat, racun, pelali, buah mabuk, pokok umpan, pohon Tuan.
– Faham jalan pintas Hutan Pahang ikut laluan gajah dan susur rusa. Beliau boleh berpindah dari Jerantut ke Dong ke Raub ikut pintasan belakang hutan Benta ke Hulu Temau.
– Mat Kilau itu Berkeris 2, satu badik sisip, satu parang sampir.
– Mat Kilau pakar air dan cuaca. Beliau tahu kedalaman dan waktu mudik Sg Pahang. Terang panas dan lamanya hujan hutan Pahang. Sila rujuk Hikayat Pahang dan rekod Clifford serta cerita lisan Clifford kepada Mubin Sheppard yang tidak dibukukan.
– Taktikal gerila Mat Kilau bukan jenis berkubu dan perang gila main serbu berlari di padang terbuka. Beliau boleh lari menyusup di celah rotan tanpa luka dan miang. Beliau bergerak tanpa meninggalkan jejak atau mengalihkan jejak supaya musuh tersasar haluan ke laluan seladang. Sila rujuk British Malaya (Frank Swettenham)
– Mat Kilau biasa bergurau dengan jembalang hutan Pahang. Part ni saya malas cerita….
– Mengapa Mat Kilau menyorok dan menghilangkan identiti? Sultan tak support ler….. Apa nak belok2 cakap. Itu hakikat.
Sebagai profile, di layar wayang tak nampak mana Mat Kilaunya.
2x Adi Putra cabut keris tak menikam.
Pantang tu.
Apa pandangan anda?
Baca: “Tiga mayat berlumuran darah” Hari kemerdekaan bertukar hari kematian di Amerika Syarikat
[Video] Mat Kilau menentang British bukan demi rakyat Pahang? Lelaki ini ada cerita tersendiri
17 pertuduhan rogol, amang seksual dua beradik, bekas guru agama bakal disebat dan penjara 20 tahun
nak cerita sebijik mana mungkin, yg penting nama Mat Kilau semakin dikenali