Scammer Haji, 380 jemaah terkandas di KLIA

Share Now

Scammer Haji, 380 jemaah terkandas di KLIA

SEPANG- Hasrat lebih 380 jemaah haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci dilihat tidak kesampaian apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah itu yang datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport.

Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah itu dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Ketika ini, sebahagian jemaah telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sedang menantikan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa. – Kosmo

 

Baca: Setelah digodam hacker Israel, Apple lancar sistem keselamatan paling hebat mampu melindungi ahli politik, pejuang hak asasi, wartawan dari digodam

Negara Sri Langka kini muflis !

Seorang jemaah haji Malaysia meninggal di Arab Saudi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *