Selepas 4 tahun, wanita ini baru sedar buah pinggang dia hilang dijual suami

Share Now

Selepas 4 tahun, wanita ini baru sedar buah pinggang dia hilang dijual suami

Selepas 4 tahun, wanita ini baru sedar buah pinggang dia hilang dijual suami. Seorang wanita di Malkangiri, India terkedu selepas mengetahui satu buah pinggangnya sudah dijual suaminya, empat tahun lalu.

Ranjita Kundu, 31, kemudiannya membuat laporan polis terhadap suaminya Prasant Kundu pada Rabu, lapor Times of India.

Rahsia itu terbongkar selepas Ranjita mengadu sakit perut dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan satu buah pinggangnya sudah tiada.

Mengingati kembali kejadian, Ranjita memaklumkan dia dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana dikatakan ada ketulan batu.

“Ketika mendapatkan rawatan, suami menjual satu buah pinggang tanpa pengetahuan saya kerana dalam keadaan tidak sedar akibat dibius,” katanya.

Ranjita memaklumkan suaminya seorang warga Bangladesh dan mereka sudah berkahwin selama 12 tahun dengan memiliki dua anak.

“Lapan bulan lalu, suami pergi ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan bernikah dengan wanita lain di sana.

“Kakak ipar pula kerap menyeksa saya dan sentiasa menyokong segala keputusan suami,” katanya.

Dia berkata, suaminya kini tidak lagi menjenguk dia dan dua anak mereka.

“Sekarang, saya tinggal di rumah ibu bapa dan kini tampil untuk mendapat keadilan,” katanya.

Polis Malkangiri mengesahkan laporan yang dibuat wanita terbabit dan siasatan lanjut sudah dijalankan. – HMetro

 

Baca: Tahanan mati mengejut dalam lokap

14 maut ketika sedang berkaraoke

Wanita cantik dakwa polis nak rogol dia malangnya sesuatu yang tak disangka terjadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *