Selepas Selangor kini Pulau Pinang pula tarik gelaran Najib. Kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada bekas perdana menteri Najib Razak berkuat kuasa hari ini.
Najib dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama itu pada 2009.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria berkata, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ahmad Fuzi Abdul Razak bersetuju kerajaan negeri membatalkan darjah kebesaran Najib itu berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International.- FMT
Baca: Tiada gelaran istimewa bagi perasuah, Sultan tarik darjah kebesaran buat Najib dan Rosmah
Aktiviti harian Najib Rosmah hanyalah penjara dan mahkamah….
Jangan pandang rendah kepada Ismail Sabri ada ‘perangkap’ yang dia pasang