Seorang lagi mangsa buat laporan polis terhadap Ebit Liew

Share Now

Seorang lagi mangsa buat laporan polis terhadap Ebit Liew

Seorang lagi mangsa buat laporan polis terhadap Ebit Liew. Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, mendedahkan bahawa ada satu lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman oleh seorang wanita berkaitan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Mohd Fairuz berkata demikian pada sesi pemeriksaan balas terhadapnya oleh peguam, Ram Singh yang mewakili Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, dalam perbicaraan hari kedua pendakwah berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa dia tahu bahawa laporan polis telah dibuat, bagaimanapun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada kes itu

“Saya rasa pihak polis yang perlu beritahu perkembangan kes berkenaan, lagipun saya telah membantu wanita ini dari segi menemani beliau ketika membuat laporan polis, menghubungkan beliau dengan peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims).

“Saya telah menjalankan apa yang termampu oleh saya,” katanya pada sesi perbicaraan yang masuk hari kedua berkaitan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Mohd Fairuz turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mengetahui di mana wanita itu telah membuat laporan polisnya dan berada bersama wanita itu sebagai saksi polis.

“Ya saya tahu, di Bukit Aman. Bahkan, saya menjadi saksi dan memberi keterangan kepada pihak polis,” katanya.

Mohd Fairuz turut mengakui bahawa dia terlibat dalam laporan polis wanita itu selain peguam daripada MRM serta bahagian wanita MRM selain memaklumkan bahawa laporan polis itu dibuat pada 26 Julai 2021.- Sinar

Baca: “Saya terus ‘screenshot’ mesej dan gambar kem4lu4n Ebit Liew”

Kes Gangguan seksual Ebit Liew kena saman

Artis Malaysia pula lagi s3ksi daripada artis Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *