Seram! Pindah jantung ‘babi’ ke tubuh mayat manusia

Share Now

Seram! Pindah jantung 'babi' ke tubuh mayat manusia

Seram! Pindah jantung ‘babi’ ke tubuh mayat manusia Sepasukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) memindahkan jantung babi yang diubah suai secara genetik kepada manusia yang telah meninggal dunia sebagai sebahagian daripada kajian penyelidikan terbaharu, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Prosedur yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik di pusat perubatan NYU Langone Health itu adalah yang pertama seumpamanya.

Pembedahan itu mewakili kemajuan dalam usaha untuk menentukan sama ada organ haiwan boleh diubah suai dan dapat digunakan pada manusia yang memerlukan pemindahan.

Seram! Pindah jantung 'babi' ke tubuh mayat manusia

Penerima jantung itu, Lawrence Kelly, 72, dari Pennsylvania telah diisytiharkan mengalami mati otak. Keluarga Kelly mendermakan tubuhnya untuk kajian itu yang bertujuan bagi menyiasat sejauh mana jantung babi yang diubah suai berfungsi dalam tubuh manusia yang telah mati.

Selepas pemindahan Kelly selesai pada Jun lalu, pasukan penyelidik itu mengulangi prosedur sama terhadap penerima lain, Alva Capuano, 64, dari Bandar Raya New York awal bulan ini. Capuano meninggal dunia pada Mac lalu.

Pembedahan itu dilakukan mengikut prosedur pemindahan jantung babi kepada manusia yang masih hidup yang dilakukan oleh Universiti Maryland pada Januari lalu.

Pengarah Institut Pemindahan Langone NYU, Dr. Robert Montgomery berkata, prosedur tersebut membolehkan kajian lebih mendalam dilakukan mengenai bagaimana badan penerima bertolak ansur dengan jantung babi.
-Sumber : agensi/kosmo

Baca: Pelik! Lelaki haid selama 20 tahun, disangkakan kencing berdarah tetapi rupanya seorang wanita

[Video] Sempat buat ‘live’ facebook sebelum maut diseret SUV

Dah kahwin tapi masih ‘Dara’, rupanya suami suka kaum sejenis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *