Terlibat dengan P0rno kanak-kanak dan filem luc4h, penyanyi ini adalah pemangsa seksual

Share Now

Terlibat dengan P0rno kanak-kanak dan filem luc4h, penyanyi ini adalah pemangsa seksual

Terlibat dengan P0rno kanak-kanak dan filem luc4h, penyanyi ini adalah pemangsa seksual. Penyanyi R&B R Kelly didapati bersalah pada Rabu di mahkamah Chicago atas beberapa tuduhan berkaitan dengan pornografi kanak-kanak.

Kelly, atau nama sebenarnya Robert Sylvester Kelly, didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak, pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak serta tuduhan menyembunyikan kesalahan itu.

Bagaimanapun penyanyi berusia 55 tahun itu didapati tidak bersalah atas tujuh tuduhan lain.

Kelly merupakan antara individu paling menonjol yang didapati bersalah atas tuduhan penderaan seksual semasa pergerakan #MeToo baru-baru ini.

Sepanjang perbicaraan lima minggu itu, beberapa wanita memberitahu panel juri mereka telah didera secara seksual oleh Kelly semasa mereka kanak-kanak.

Pada Jun lepas, Kelly dihukum penjara 30 tahun susulan sabitan berkaitan kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan wanita di mahkamah New York.

Dia dituduh menggunakan status selebritinya untuk mengumpan wanita menjadi mangsa.

Kelly juga bakal menghadapi tuduhan di beberapa negeri lain termasuk Illinois dan Minnesota. – Astro Awani

 

Baca: Murid kena pukul sebab tak pandai berbahasa Inggeris

Wanita cantik dakwa polis nak rogol dia malangnya sesuatu yang tak disangka terjadi

‘Dirogol’ abang ipar sendiri, rahsia terbongkar hamil 3 bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *