Tiga lelaki melecur, kapal angkut minyak petrol terbakar

Share Now

Tiga lelaki melecur, kapal angkut minyak petrol terbakar

Tiga lelaki melecur, kapal angkut minyak petrol terbakar Tiga individu melecur selepas sebuah kapal pengangkut minyak berisi petrol terbakar dalam satu kejadian di Jeti Paitan, dekat Beluran pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 petang itu, kapal berkenaan sedang dalam perjalanan dari Paitan ke Pulau Jambongan.

Setakat ini maklumat mangsa melecur belum diketahui.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Machel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang sebelum mengarahkan tiga anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian dengan jarak 173 kilometer

“Setakat jam 7.10 malam, pasukan bomba masih dalam perjalanan ke lokasi berkenaan disebabkan keadaan cuaca dan keadaan jalan raya yang tidak baik.

“Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa berhubung kejadian terbabit,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

 Tiga lelaki melecur, kapal angkut minyak petrol terbakar

Tiga lelaki melecur, kapal angkut minyak petrol terbakarFoto ihsan JBPM Sabah

-Sumber : awani

Baca : Panda ‘An An’ tertua di dunia mati

Suami Isteri ‘pengotor’, kumpul dua tan sampah di kediaman rumah

Air jampi ‘RM1,000’, perawat seorang penjenayah seperti filem Penunggang Agama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *