[Video] Bayi jelmaan Dewi miliki empat kaki dan empat tangan

Share Now

[Video] Bayi ajaib miliki empat kaki dan empat tangan

NEW DELHI – Seorang bayi yang dilahirkan di negeri Uttar Pradesh, India dengan lebihan sepasang kaki dan tangan menjadi tular apabila dikatakan jelmaan dewi masyarakat Hindu, lapor akhbar Mirror UK.

Anak kecil itu dipuji sebagai ‘keajaiban alam semula jadi’, malah dikatakan adalah penjelmaan semula dewi menurut kepercayaan tempatan.

Gambar luar biasa menunjukkan kanak-kanak yang dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram itu mempunyai sepasang tangan dan sepasang kaki tambahan pada perutnya.

Bayi itu dilahirkan di Pusat Kesihatan Komuniti Shahabad hujung minggu lalu di daerah Hardoi, negeri Uttar Pradesh, utara India.

Kedua-dua ibu dan anak dilaporkan berada dalam keadaan sihat meskipun keadaan bayi tersebut agak luar biasa.

Selepas berita mengenai kelahiran unik itu  tersebar ke seluruh daerah berkenaan, penduduk tempatan berpusu-pusu datang ke hospital itu untuk melihat sendiri bayi itu yang mendapat julukan ‘dewi berbilang anggota badan’. – Agensi

 

 

Baca: [Video] Jururawat mati terjatuh di hadapan teman lelaki ketika bermain zipline di taman air

Seorang Suami Mengelar Isteri Dan Bayinya 2 Bulan Sebelum Melarikan Diri Dalam Keadaan Berbogel

[Video] Bas terjunam ke gaung dan kematian 6 orang dalam banjir di Pakistan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *