[Video] Bongkah ais runtuh 7 pendaki maut

Share Now
Bongkah ais runtuh 7 pendaki maut
CANAZEI : Seramai tujuh individu disahkan maut manakala 14 lagi masih hilang selepas runtuhan besar glasier Alpine di Itali, pada Isnin.
Runtuhan itu menyebabkan gelongsoran ais, salji dan batu yang menuruni cerun gunung tersebut.
Usaha menyelamat dan pencarian semakin mencabar disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Di bandar peranginan Canazei, sebuah bilik mayat telah didirikan di gelanggang ais.
Pihak berkuasa berkata, 14 individu yang masih tidak dapat dikesan merupakan 10 orang warga Itali, tiga dari Republik Czech dan seorang dari Austria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *