KUALA TERENGGANU – Siasatan polis terhadap seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Sultan Mahmud di sini, pada Isnin mendapati individu berkenaan positif dadah.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai mengalami tekanan perasaan disebabkan masalah peribadi.
“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.
“Kertas siasatan telah dibuka dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Abdul Rahim berkata, semasa hari kejadian, pihak polis telah menerima panggilan melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu sekitar jam 5.45 petang.
“Sejurus pihak polis tiba di lokasi kejadian, orang awam telah berjaya memujuk dan menghalang lelaki itu daripada terjun serta telah menyerahkan kepada pihak polis.
“Lelaki itu juga telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurut Abdul Rahim, sebuah video berdurasi 15 saat tular di media sosial sejak malam Isnin memaparkan seorang lelaki berdiri di luar penghadang Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Katanya, tindakan lelaki tersebut disedari orang awam yang melalui kawasan itu dan segera menghubungi pihak polis. Agensi
Baca: Seorang Suami Mengelar Isteri Dan Bayinya 2 Bulan Sebelum Melarikan Diri Dalam Keadaan Berbogel
[Video] Bongkah ais runtuh 7 pendaki maut
“Tiga mayat berlumuran darah” Hari kemerdekaan bertukar hari kematian di Amerika Syarikat
I agree with your point of view, your article has given me a lot of help and benefited me a lot. Thanks. Hope you continue to write such excellent articles.
Do you mind if I quote a couple of your articles as long asI provide credit and sources back to your website?My blog site is in the very same niche as yours and my users would certainly benefit from some of the information you present here.Please let me know if this okay with you. Thanks!