Video ‘panas’ ini jadi punca pelakon popular Malaysia kena denda RM30K

Share Now

elakon Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagram miliknya pada Mac lalu

Video ‘panas’ ini jadi punca pelakon popular Malaysia kena denda RM30K. Pelakon Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagram miliknya pada Mac lalu.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Zul didakwa memuat teaser klip ‘babak panas’ itu untuk siri yang akan ditayangkan di televisyen bertajuk “Perempuan Itu” pada 18 Mac.

Siri itu dijadualkan untuk disiarkan semasa bulan puasa umat Islam pada bulan April.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- FMT

Baca: Selepas ramai bertanya punca Bad Indigo bercerai akhirnya artis ini buka mulut

Lepas bercerai makin tak senonoh pula perangai artis ni

Artis seksi ini semakin berani tunjuk benda baharu !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *