[Video] Wanita viral hina Islam mengaku ada 7 boyfriends walaupun sudah bersuami

Share Now

[Video] Tak cukup hina islam, 'bukak aib sendiri'. Wanita mengaku ada 7 boyfriends

Tak cukup hina islam, ‘bukak aib sendiri’. Wanita mengaku ada 7 boyfriends Tanpa malu atau segan silu, wanita didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab baru-baru ini mengakui dibesarkan dalam keluarga yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama, malah mengenakan pakaian menutup aurat sejak kecil.

Menerusi pengakuan dibuat wanita bernama Siti Amira Natasya Abdullah atau membahasakan dirinya sebagai Amy itu, dia mengakui didikan diterapkan keluarga sejak kecil ‘terlerai’ apabila membuat keputusan tidak lagi mahu bertudung sejak berusia 20 tahun.

Lebih mengejutkan, wanita berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu mendakwa sudah berkahwin, tetapi memiliki tujuh teman lelaki.

@beritakini8 Pengakuan Wanita Hina Islam. Miliki seorang suami dan tujuh orang boyfriends #news #beritasemasa #beritakini #fyp #utusan #utusanmalaysia #tv3 ♬ original sound – Berita Kini

“Hello dan assalamualaikum everyone (semua), ok ramai yang message (mesej) Amy minta Amy share (kongsi) sedikit mengenai diri Amy, today (hari ini) Amy akan share serba sedikit mengenai diri Amy, nama Amy, Siti Amira Natasya, Amy berumur 26 tahun dan Amy berasal dari Kuala Kangsar, Perak, Amy sudah berkahwin dan Amy ada 7 boyfriends (teman lelaki).

“Amy dibesarkan dalam keluarga yang sangat berpegang teguh pada ajaran Islam, masa Amy umur lima ke enam tahun, Amy dah kena pakai tudung, kena tutup aurat, kena pakai stoking, tapi masa umur 20 tahun, Amy officially (secara rasmi) start (mula) tanggal tudung, tak pakai tudung anymore (lagi),” katanya.

Menurut Amy, ketika di Tingkata Satu hingga Tingkatan Tiga, dia dihantar keluarga ke sekolah berteraskan pendidikan tahfiz yang menyaksikannya mampu menghafal 15 juzuk Al-Quran.

Sebalik tamat persekolahan, dia menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan meneruskan pendidikan ke Tingkatan Enam dalam bidang perniagaan.

Katanya, dia kemudian melanjutkan pengajian kursus perhubungan awam di universiti di Pulau Pinang, sebelum bertugas dalam industri berkaitan selama setahun dan bertukar kerja ke bidang pemasaran sehingga kini.

“Sekarang Amy masih bekerja sepenuh masa dan pada masa sama Amy belajar separuh masa undang-undang, sekarang juga Ami tengah berjinak untuk jadi pelawak.

“Anda boleh tunjukkan sokongan kepada Amy dengan berkongsi video Amy dan jika anda ada soalan tambahan nak tahu pasal Amy, boleh tinggalkan soalan di komen dan Amy akan buat video untuk jawab,” katanya sebelum mengakhiri video.

Semalam, Getaran melaporkan mengenai penularan sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung, memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara ‘stand up comedy’ yang dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafal 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi, wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut.

Susulan video yang menerima kecaman pelbagai pihak itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

[Video] Tak cukup hina islam, 'bukak aib sendiri'. Wanita mengaku ada 7 boyfriends

Terdahulu, selepas penularan video tindakannya ketika membuat persembahan itu, wanita terbabit dilaporkan tampil bersama kekasihnya dikenali sebagai Alex menerusi siaran langsung di media sosial untuk berinteraksi bersama netizen, termasuk menjawab soalan dilontarkan.

Sepanjang sesi itu, dia kelihatan ‘selamba’ menjawab persoalan, malah mengatakan berbangga bergelar seorang muslim.

Teman lelakinya pula menyifatkan dia sebagai wanita yang berpegang pada ajaran Islam.

Alex berkata, dirinya akan memeluk Islam dan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat.

-Sumber : tiktokberitakini/Getaran

Baca : Kereta ‘Influencer’ di tarik, tak mampu bayar Range Rover

Neelofa sokong Puteri Sarah, bangga dengan keputusan PS

Shuib dan Zara Zya ada ‘hubungan sulit’ , kongsi makanan bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *