Virus Marburg menyerang ! 2 kematian 98 orang kontak rapat direkodkan Pihak berkuasa kesihatan Ghana mengesahkan dua kes virus Marburg di negara berkenaan selepas dua orang yang maut disahkan positif virus itu pada 10 Julai, lapor Al Jazeera.
Setakat ini, 98 orang menjadi kontak rapat dan sedang menjalani tempoh kuarantin, kata Perkhidmatan Kesihatan Ghana.
Namun tiada kes baharu dilaporkan di negara berkenaan sehingga kini yang membabitkan virus Marburg.
Sebelum ini, virus sama dilapor dikesan di Angola, Congo, Kenya, Afrika Selatan dan Uganda, selain di Eropah dan Amerika Syarikat.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), virus Marburg boleh menyebabkan berlaku pendarahan teruk ketika demam.
Kes pertama dikesan pada 1967 di Jerman.
Selepas kajian ke atas monyet Afrika, virus Marburg didapati daripada keluarga yang sama dengan Ebola.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan virus ini berpunca daripada pendedahan berpanjangan kepada lombong atau gua yang didiami koloni kelawar Rousettus.
Sebaik dijangkiti, penyakit menular menerusi interaksi antara individu dengan individu lain menerusi darah, organ atau cecair orang yang dijangkiti.
Virus ini juga boleh merebak melalui permukaan dan bahan yang sudah tercemar dengan cecair.
Simptom virus ini demam, sakit dan gatal otot dan menggigil selepas tempoh inkubasi antara dua hingga 21 hari.
Dalam tempoh kritikal, pesakit mengalami demam panas selain mengalami kekeliruan serta kerengsaan.
Menurut WHO, masih belum ada rawatan khusus bagi mengatasi virus ini namun langkah penjagaan sokongan boleh merawat simptom berkenaan.
Penjagaan sokongan termasuk rehidrasi dengan cecair oral selain kaedah lain termasuk rawatan darah, terapi imun, terapi ubat yang kini sedang dinilai.
Sampel yang dikumpul daripada pesakit dianggap sebagai ‘risiko melampau’ dan ujian makmal perlu dijalankan di bawah keadaan perlindungan biologi maksimum.
-Sumber : hmetro
Baca :Malaysia berlaku peningkatan kes influenza, wad kanak-kanak sesak
Nelayan tangkap paus paling ‘rare’, dipercayai wujud ketika zaman prasejarah
Banduan transgender hamilkan dua wanita, dipindahkan ke penjara lelaki
Are you tired of using the same old marketing tactics to promote your business? Are you struggling to connect with your target audience in a meaningful way? If so, introducing BHuman.ai is an innovative AI software that allows businesses to generate and personalize videos quickly and easily. It provides a user-friendly interface, an extensive video library, and AI-powered personalization features that have revolutionized the video creation process.
Traditional marketing tactics are no longer effective, resulting in poor engagement and low conversion rates.
BHuman.ai solves this problem by providing an innovative solution that allows businesses to create personalized videos, driving engagement, sales, and conversions.
By using one template video and AI algorithms, hundreds of custom videos can be created, building trust and credibility, ultimately leading to more sales. BHuman.ai can be used in various industries, including e-commerce, education, healthcare, and more.
In conclusion, BHuman.ai is a game-changer that takes businesses’ marketing efforts to the next level, connecting with their target audience in a more meaningful way, ultimately leading to higher profits.
Sign up for a Free account https://4vja.short.gy/Bhuman
Many Thanks
Lou