TANGGA BATU 5 Julai – Seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, di sini.
Kejadian kira-kira jam 3 petang tadi disedari jiran selepas salah seorang anak perempuan mangsa menjerit meminta pertolongan.
Menurut salah seorang saksi yang juga jiran berdekatan, sebaik mendengar jeritan dia bersama beberapa penduduk kampung memanjat masuk ke rumah berkenaan.
Warga emas itu yang juga seorang pesara guru kemudiannya ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidur, dipercayai ditikam anak lelakinya berusia 40-an menggunakan sebilah pisau.
Ketika ini anggota polis dan forensik sedang berada di lokasi kejadian.- MelakaHariIni
Baca: Warga Emas Hampir Dihayutkan Air Banjir, Sempat Berpaut Pada Pokok Untuk Selamatkan Diri
Seorang Suami Mengelar Isteri Dan Bayinya 2 Bulan Sebelum Melarikan Diri Dalam Keadaan Berbogel
Malang ! Lelaki ini mati apabila tersabit diri sendiri ketika cuba nak menyamun
Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.